kalau baca tajuk kat atas tu, macam tak ade motif sangat untuk aku update blog kan....ahahaatak kire, aku nak update jugak walaupon takde ape yang menarik sgt
aku teringin nak makan kuih ni....tapi.....MaLaS nak buat....dah mcm mane?!
nama die dalam buku niApam Warna Warni
walaupun aku malas nak buat, aku tetap nak kongsi resepi die kat sini
nampak tak? meh aku buat rajin taip kan...ngeeee
Bahan-bahan : 250 ml air aiskrim soda
500 gm gula
750 gm tepung gandum
4 biji telur
1 sudu makan ovallate
Mangkuk kertas
Cara-cara : 1. Satukan ke semua bahan di atas di dalam mangkuk, kemudian pukul sehingga kembang
2. Ambil sedikit adunan & warnakan sesuka hati anda
3. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kertas dan kukus selama 10 minit.
resepi ini didapati di dalam buku ini
semangat tau aku beli buku ni semata-mata sebab aku suke makan desert
p/s: kepada yang dah try, nanti bagitau aku ye jadi ke tak gune resepi ni....heheee :D
okay....itu sahaja untuk malam ini
-sekian-